Selamat datang ke Web AFATS Intake 2. Ini adalah kisah kami di Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera (Armed Forces Apprenice Trade School). Kami belajar selama 3 tahun di Kem Si-Rusa, Port Dickson. Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang kami bermastautin di AFATS. Selebihnya adalah kisah-kisah sepanjang detik yang kita harungi yang telah menjangkau angka 40 tahun.
Headline
Kisah Silam
Welcome To Our Website
Rashid Adam, Kassim, Rodney (Intake 1) dan Mat Lani Ishak dalam suasana santai.
Pengalaman jauh daripada kampung halaman bermula apabila kami menerima surat tawaran untuk memasuki Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera, Port Dickson. Kami ditemuduga di Kem Si-Rusa. Mac 1969. April 1969 kami memulakan kehidupan sebagai perantis. Apabila kami mendapat waran tiket keretapi untuk datang interview bukan main seronok. Tiba di stesen keretapi Seremban ada trak askar menunggu. Itulah nostalgia silam yang indah.
Apabila diterima memasuki AFATS yang menjadi mangsa pertama adalah rambut di kepala. Habis gonjeng kena tebas Aneh. Pelajaran yang diterima adalah memakai uniform seluar pendek biru dan baju hijau dan jungle hat warna hijau. Semua berwarna hijau. Tuala hijau. Pinggan hijau. Cawan hijau. Cuma sudu, garpu dan pisau yang stainless steel. 'OLEH KERANA BELAJAR DAN MENGAJAR PELAJARAN INI DIBAHAGIKAN KEPADA SKOT. APABILA DAPAT SKOT SATU SEMUA REHATKAN DIRI." "REHATKANNNNNNN DIRIIIIII" Itulah format jurulatih kawad mengajar. Dan kami diperkenalkan dengan kawad PENDEK DAN TAJAM, KRI, KRI, KRI. KRI. KRI KANAN KRI........." Masih segar dalam ingatan ketika Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 kami semua berada di kampung sedang cuti satu minggu. Apabila mendapat telegeram 'JANGAN BALIK DAHULU SEHINGGA DIBERITAHU KELAK", kami punya seronok sakan, dapat relaks lama-lama kat kampung. Kisah silam di AFATS kalau dikenang memang seronok. Hari-hari makan telor rebus kadang-kadang separuh masak. Makan ikan termenung (kembung). Makan sayur bender. Makan meehun plastik keras kejang. Roti kukus lembik. Minum Magnolia. Zaman itu Magnolia hanya 20 sen sebotol. Ada yang bawa balik Magnolia ke bilik simpan dalam loker berbotol-botol. Elaun masa itu RM60. Besar duit masa itu. Kena berkawad mengadap pegawai nak dapat duit. Ramai yang pergi ke pejabat pos Si-Rusa simpan duit. Ada yang hantar duit ke kampung. Punyalah baik perantis. Ingat ibu bapa yang susah di kampung. Maklumlah background kami kebanyakan daripada anak penoreh getah, peneroka FELDA, kami kebanyakan bukan anak orang senang. Setahun ada 3 penggal. Setiap penggal ada cuti sekolah. Boleh balik kampung naik keretapi. Masih ingat semasa perkhemahan tahunan di Pantai Gebeng, Pahang, kami naik keretapi dari stesen Seremban melalui Gemas dan turun di Mentakab. Trak sudah menanti untuk menghijrahkan kami ke Kuantan.
AFATS banyak mengajar kami. Selama 3 tahun di AFATS kami belajar daripada teman-teman. Itulah milieu tanpa pengawasan kedua ibubapa dan kami mentarbiyah diri kami sendiri. Tidak ada Koperal atau Sarjan yang menegur kami sama ada kami sudah solat atau belum. Pandai-pandai kamilah untuk belajar menjadi manusia. Seminggu sekali ada guru agama daripada PD Garrison datang mengajar agama. Selama 3 tahun kami sembahyang dalam stor tempat simpan beg. 3 tahun adalah satu jangka masa yang lama. Kami kenal siapa yang sembahyang dan siapa yang tak sembahyang. Meski setiap minggu pada hari Jumaat kami wajib ke masjid di seberang jalan berbaris dengan baju melayu bersamping.
Selamat Datang ke AFATS Intake 2 (1969-1972)
Ini Mustapha Koming. 1st grader. Masuk ITK (Institut Teknologi Kebangsaan Jalan Semarak sebelum ditukar nama menjadi Universiti Teknologi Malaysia). Pernah berkhidmat di Angola di bawah PBB. Berhenti daripada JLJ. Jadi kontraktor. Sekarang tinggal di Seremban.HP 012-2464545
Ahmad Tarmizi Ab Hamid. Bekas Pertahanan Udara. Pernah jadi Ketua Sekretariat TUDM di Mindef. Sekarang bertugas dengan Zetro Svc Sdn Bhd. HP 0133611737
Mailah Abdullah tidak lama dalam TD. Kini bermastautin di Batu Pahat.HP 019-7477793
AFATS 1969-1972
Raden Shahrom Raden Enong. Berasal dari Muar. Jadi parade commander semasa Passing Out Parade (POP) Intake 2 pada 1972. Sekarang di Kuching, Sarawak.HP 019-8824582
Mokyiddin Abu Bakar. Berasal dari Muar. Bekas juruterbang F5E. Pernah jatuh kapal terbang semasa mengendalikan pesawat Tebuan. Jurulatih MTAT. Berhenti TUDM jadi juruterbang MAS. Sekarang jadi jurulatih penerbangan di Kota Bharu. HP 016-8781953
Abdul Ghani Mohamad bekas pegawai Semboyan Diraja. Pernah berkhidmat di Bosnia Hezergovina. Sekarang menjadi seorang ahli perniagaan. HP 019-2747175
Mohd Hanafi Yusof. Asal Kelantan. Tidak lama dalam tentera. Bertugas dengan plantation company di cameron Highlands dan kemudian di Muazam. Kini bersara dan sesekali bermain golf di Kota Bharu.HP 019-5537929
Ismail Musa. Berasal dari Tangkak Johor. Selepas AFATS berkhdimat dalam TLDM. Lepas itu tukar perkhidmatan dalam kor JLJ. Setelah bersara terlibat dalam berniagaan. HP: 019-3537567
Abd Aziz Mohd Dom. Kelahiran Muar. Satu-satu bekas AFATS intake 2 yang menjadi pegawai dalam TLDM hingga ke pangkat Laksamana Pertama. Dianugerahkan pingat yang membawa gelaran Dato' sebelum bersara awal 2009. HP 019-3586962
Ramli Ab Rahim (RAR) adalah mantan Pegawai Perhubungan Akhbar TUDM di Mindef. Mendapat latihan di Amerika Syarikat. Pernah menjadi Editor Berita Udara. Kini menjadi perunding komunikasi. HP 016-6220603
Nordin ditauliahkan sebagai pegawai dalam Rejimen Askar Melayu diraja. Bertukar kor Gaji dan bertugas di TUDM Butterworth. Kini menetap di Sungai Petani. HP 016-3199498
Nordin Suboh adalah perantis Intake 2 yang paling tinggi. Menjadi school runner dan Navy runner. HP- 013-4841130
Mohd Lani Ishak berkhidmat dalam TLDM dan mendapat latihan di Australia. Hobinya adalah fotografi. Lani menjadi perakam peristiwa. HP 012-3986292
Sulaiman berkhidmat dalam TLDM. Setelah tamat perkhidmatan bertugas dengan syarikat cari gali minyak. Kini berkerja sendiri. HP- 017-5124578
Nordin Suboh adalah perantis Intake 2 yang paling tinggi. Menjadi school runner dan Navy runner. HP- 013-484
Abdul Aziz Ismail bertugas dengan TLDM. Kini berkerja sendiri.
Ab Rashid Adam menjadi pegawai Jurutera. Bersara awal dan berkerja dengan Jayajusco sehingga kini. HP 012-3300510
Ismail Dollah berasal dari Kelantan. Berkhidmat dengan TLDM. Kini menjalankan perniagaannya sendiri. HP 019-8500052
Taib berkhidmat dalam Kor JLJ. Setelah menamatkan perkhdimatan Taib menubuhkan syarikat perkapalannya sendiri. Kini bermukim di Pengerang, Johor. HP 013-7300834
Web AFATS Intake 2 1969-72 diseleggarakan oleh afats1969@yahoo.com 14 Oktober 2009
Abdul Razak Sukaimi tidak lama di dalam tentera. Bertugas dengan syarikat yang beroperasi di Jakarta dan Kalimantan. Kini bermastautin di Seremban.
Sakrani berkhidmat dengan TLDM selepas tamat belajar di AFATS. Selepas bersara masuk rancangan FELDA di Pahang. HP 013-9928264
Saat Bashir berasal dari Batu Pahat. Berkhidmat hingga bersara dalam TLDM, Kini tinggal di Johor Baharu. Menjadi guru al-Quran sepenuh masa. HP 013-7056958
Please Sign Guestbook
Perantis Intake 2
530062 Abdul Aziz Ismail 530063 Abdul Razak Harun 530064 Azmi Zaman 530065 Ahmad Tarmizi Ab Hamid 530066 Abdul Rahim Tahir 530067 Abdul Razak Sukaimi 530068 Aziz Md Dom 530069 Abd Rashid Adam 530070 Ayob Dollah 530071 Abdul Ghani Ali 530072 Abdul Ghani Mohamad 530073 Alias Warjan 530074 Asmawi Arshad 530075 Allahyarham Bahtiar Siaji 530076 Hashim Kiehang 530077 Hamzah Hassan 530078 Husin Daud 530079 Ismail Dollah 530080 Ismail Husin 530081 Ismail Haron 530082 Ishak Yusof 530083 Ismail Musa 530084 Kassim Mohd Ali 530085 Allahyarham Khairudin Tairudin 530086 Mohamad Ayob 530087 Mohd Taib Tahir 530088 Allahyarham Mohd Jani Mat Jan 530089 Mokhyiddin Abu Bakar 530090 Md Daud 530091 Mustapha Koming 530092 Md Rojis 530093 Mohd Zaaba Sharif 530094 Nordin Mohd Yusof 530095 Mailah Abdullah 530096 Mohamad Awang 530097 Mohamad Jamal 530098 Allahyarham Khalid Jusoh 530099 Mohd Hanafi Yusof 530100 Mohd Ali Jaman 530101 Mohd Yunus Ali 530102 Mohd Lani Ishak 530103 Mohd Shah Hj Nor 530104 Nik Abu Bakar 530105 Nordin Suboh 530106 Omar Kamal 530107 Raden Shahrom Raden Enong 530108 Rosmuni Ishak 530109 Ramli Omar 530110 Rosli 530111 Ramli Ab Rahim 530112 Sulaiman Shamsudin 530113 Saat Bashir 530114 Syed Azimal 530115 Suhaimi Ismail 530116 Sakrani 530117 Wan Ramli Wan Abu Bakar 530118 AllahyarhamYusof Manas 530119 Zulkefli Ali 530120 Zainal Abidin Sahabudin 530121 Ismail Koming
Wan Ramli Wan Abu Bakar berasal dari Terengganu. Kini menjalankan perusahaannya sendiri. HP 013-3848441
Mereka Mentarbiyah Kami
Sjn Raja Adnan
Sjn Ramli
Lt Sheikh Khalid
Syed Azimal berasal dari Arau Perlis. Selepas AFATS berkhidmat dalam TLDM. Kini berniaga. HP- 012-4616572
Ali Jaman berasal dari Melaka. Perantis Sarjan smeasa di AFATS. Berkhidmat dengan Jurutera.
Syob Haji Dollah. Sekarang tinggal di kelang.
Azmi Zaman berasal dari Muar.Berkhidmat dalam Kor Jurutera Diraja.
Tun Razak melawat AFATS diiringi Kapt Panikar
Kassim Mohd Ali berkhdmat dalam Kor Semboyan. Kini mengusahakan sebuah restoran di Puncak Alam Shah Alam. HP 019-3518639
Hamzah Hassan. Pemain ragbi yang paling lincah semasa di AFATS.
Kapt Shah Arbi
Sjn Shaari
Lt Ghafoor Khan
Jamal Mohamad berkhidmat di dalam TLDM.
Wajah Husin dalam tahun 1970. Berkhidmat dengan TLDM. Sekarang bersama MRCB.
Ismal Haron berasal dari Batu Pahat. Berkhidmat dalam Kor JLJ.
Ismail Husin berasal dari Batu Pahat. Berkhidmat dalam TLDM. Keistemewaannya gemar mendengar lagu iklan Tonik Cop Gajah semasa di AFATS.
Rosli berkhidmat dalam TLDM. Kini tinggal di Melaka.
Ishak berkhidmat sebagai pegawai dalam TLDM.
Omar Kamal berkhdimat dalam TLDM. Kini menetap di Batu Pahat.
Hashim Kiehang berkhidmat dalam TLDM. Kini mengusahakan ternakan moden di Melaka.
Nik Omar berasal dari Kelantan. Berkhidmat dalam Tentera Darat.
Wajah Ismail Koming dalam tahun 1970. Berkhidmat dengan TLDM. Johan musabaqah AFATS 1970.
Ramli Omar berasal dari Kelantan. Berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu Diraja. Pernah bertugas di MPAT.
Mohd Shah H Md Nor berasal dari Muar. Berkhidmat dalam Kor JLJ.
Rahim Tahir berasal dari Muar. Berkhidmat dalam Kor JLJ.
Asmawi Arshaf berkhidmat dengan TLDM.Kini tinggal di Perak.
Rosmuni Ismail. Semasa di AFATS minat fotografi. Kamcen dengan Kpl Dollah. Tamat AFATS masuk TLDM.
Mohamad Awang yang hensem berasal dari Kelantan. Berkhidmat dalam Rejmen Askar Melayu Diraja.
Mohd Yunos Ali berasal dari Johor. Berkhidmat dalam Rejimen Semboyan Diraja. Kini menetap di Seremban.
Zulkifli Ali berasal dari Ng Sembilan. Berkhidmat dalam TLDM. Kini tinggal di Shah Alam.
Mohamad bin Ayub. Berkhidmat dalam TLDM.
Zainal Sahabudin berasal dari Ng Sembilan. Berkhidmat di dalam TLDM.
Daud Ismail. Yang pertama Intake 2 dalam JLJ dinaikkan pangkat Lt Kol dan yang pertama bersara awal.
Zaaba berasal dari Chikus Pulau Pinang. Berkhidmat dalam TLDM.
Alias Warjan. Berasal dari Pontian. First grader. Pakar Add maths. Kept Laut (Kolonel) pada usia muda dan bersara muda. Menjadi pensyarah di universiti.
Rojis berkhidmat dalam TLDM. Kemudian bertugas dengan Limbungan Kapal Lumut.
Ab Razak haron. Bertugas dalam TLDM. Very cheerful person. Arwah Mej Yusof Khan sayang CHERFUL.
Abdul Ghani Ali. Ditauliahkan sebagai pegawai dalam Rejimen Askar Melayu Diraja. Kemudian bertukar kor JLJD.
Shuhaimi Ismail. Juruterbang Nuri TUDM. Kemudian terbang dengan syarikat swasta. Kini tinggal di Terengganu. Hp 019-9266775